Itu bukan saya – Datuk Lee Chong Wei

Itu bukan saya – Datuk Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Itu bukan saya. Jawapan ringkas Datuk Lee Chong Wei mengenai rakaman video seks didakwa miliknya yang tular bersama seorang wanita yang tidak dikenali.

“Ini tidak masuk akal, kamu sendiri boleh lihat video itu dan sekali pandang kamu boleh tahu itu bukan saya.

Pemain badminton nombor satu negara mengakui ia mungkin salah satu taktik kotor pihak tertentu yang mahu melihat dirinya gagal terutama menjelang tayangan filem biografinya bertajuk ‘Menjulang Kejuaraan’, bulan depan.

“Ramai orang menghubungi saya bertanyakan mengenai perkara ini tetapi saya hanya ketawa. Namun, saya membuat laporan polis mengenai perkara ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini,” kata Chong Wei.

Beliau sudah lali menjadi mangsa tuduhan seperti itu tetapi kali ini menganggapnya sebagai keterlaluan.

“Pasti akan ada orang yang tidak suka dengan kejayaan yang kamu kecapi dan ini adalah salah satu cara mereka mahu menjatuhkan kamu. Namun, ada masanya ia sudah keterlaluan,” katanya.

Dalam pada itu, Chong Wei turut mengulas mengenai skandal mengatur perlawanan yang membabitkan dua pemain badminton profesional negara.

“Apa yang saya boleh katakan, ia mencemarkan nama baik negara dan sukan badminton. Mereka mungkin bukan pemain BAM (Persatuan Badminton Malaysia) tetapi mereka masih membawa Jalur Gemilang di dada mereka setiap kali beraksi.

“Sebagai pemain utama dunia, kes ini sangat memalukan. Saya harap kes ini akan segara diselesaikan dan BAM perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terbabit,” katanya.

(Visited 37 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66