Bersatu ambil tindakan serius kepada ahli langgar peraturan – Kamaruddin

Bersatu ambil tindakan serius kepada ahli langgar peraturan – Kamaruddin

PETALING JAYA, 14 Feb – Bersatu mengambil pendekatan serius kepada ahli yang melanggar peraturan parti.Lembaga disiplin parti kini sedang tangani hal berkaitan isu bantahan atau kegiatan mensabotaj parti dalam kalangan ahli.

“Mana-mana ahli melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan parti akan diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, ahli yang dilihat melanggar peraturan parti akan berdepan hukuman atau dipecat, termasuk lah membangkitkan isu ketidakpuasaan melalui media sosial khususnya Facebook.

“Apa-apa bantahan dan kenyataan yang bertujuan mensabotaj parti akan diambil tindakan oleh lembaga disiplin.

“Meskipun tidak puas hati dengan Bersatu, tidak perlu rasanya menggunakan saluran sedemikian,” katanya.

Kamaruddin berkata, ahli parti perlu menggunakan platform yang betul dalam mengutarakan bantahan dan aduan mengenai parti.

“Saya nak ingatkan ahli parti, ikut saluran betul untuk sampaikan bantahan atau rasa tidak puas hati kepada pucuk pimpinan parti.

“Sehingga kini lembaga disiplin memecat tiga anggota parti atas pelbagai kesalahan antaranya mencela dan menyelar pimpinan,” katanya.

Kelmarin satu sidang media diadakan oleh beberapa ahli parti itu di Kota Bharu bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kekangan yang dihadapi parti termasuk isu pembahagian kerusi Dun.

Mengulas dakwaan itu Ketua Bersatu Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman berkata, sidang media tersebut dijalankan tanpa pengetahuan dan persetujuannya selaku ketua bahagian dan tindakan ini dilihat sebagai agenda menjatuhkan parti.

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu berkata, isu yang cuba dibangkitkan seperti perebutan kerusi tidak wajar kerana ia belum dimuktamakan.

Abd Rashid juga turut menafikan segala dakwaan yang dibuat pada sidang media tersebut.

(Visited 6 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66