SULTAN, PERMAISURI JOHOR PENTINGKAN MASA BERSAMA KELUARGA

Hubungan kekeluargaan begitu penting buat DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Walaupun mempunyai jadual yang padat sebagai pemimpin, sudah menjadi rutin buat Baginda berdua untuk meluangkan masa berkualiti bersama paduka-paduka anakanda dalam suasana yang menyeronokkan dan memberi penuh makna kepada satu sama lain.
Pada petang semalam (12 Feb), Keluarga DiRaja Johor ini memanfaatkan masa bersama-sama dengan mengadakan satu majlis barbeque di padang polo Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Suasana berlangsung dengan meriah, penuh dengan gelak ketawa dan gurau senda.

#sultanjohor
#royalpressoffice

(Visited 10 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66