TAMPUNG BILANGAN KENDERAAN – KEMENTERIAN PENGANGKUTAN CADANG TAMBAH LORONG [12 FEB 2018]

Kementerian Pengangkutan bercadang untuk menambah bilangan lorong di lebuh raya bagi menampung bilangan kenderaan dan mengurangkan kesesakan.

Timbalan Menterinya, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pihaknya sedang meneliti untuk menambah satu atau dua lorong di lebuh raya yang sesak sebelum mengusulkannya kepada kerajaan.

Katanya beberapa lokasi yang dikenal pasti, antaranya dari Johor Bahru hingga Ayer Hitam.

Dengan usaha berkenaan termasuk sistem kereta api yang lengkap pada masa akan datang, rakyat dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan bermutu

Selain itu, pihaknya juga mengenal pasti beberapa jalan raya dalam kategori berbahaya untuk dinaik taraf bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya sempena Tahun Baharu Cina peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018,

(Visited 18 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.