PEMALSUAN WARGANEGARA: 20 WARGA FILIPINA DI REMAN BANTU SIASATAN[12 FEB 2018]

20 warga Filipina direman bagi membantu siasatan kes menggunakan Kad Pengenalan palsu atau memiliki kad pengenalan milik orang lain.

Terdahulu mereka ditahan Jabatan Pendaftaran Negara, JPN dalam Operasi Bersepadu awal pagi tadi di sekitar Johor Bahru setelah hampir sebulan siasatan dan risikan dijalankan.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah menerusi satu kenyataan memaklumkan, operasi dijalankan bersama Jabatan Imigresen dan Polis Di Raja Malaysia, berjaya menemukan kad pengenalan dan dokumen-dokumen palsu yang digunakan pesalah.



Warga asing berkenaan dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu itu bagi tujuan mendapatkan pekerjaan di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Ke semua suspek akan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 Pindaan 2007.

Sabit kesalahan; boleh dipenjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih 20 ribu ringgit atau kedua-duanya





Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

(Visited 22 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.