@MaritimMalaysia Rampas Rokok Dan Arak Seludup Bernilai RM2.7 Juta.

@MaritimMalaysia Rampas Rokok Dan Arak Seludup Bernilai RM2.7 Juta.

PONTIAN, 12 Feb, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pangkalan Pontian berjaya melumpuhkan cubaan menyeludup rokok putih dan botol arak pelbagai jenama bernilai hampir RM2.5 juta dalam satu operasi berhampiran perairan Tanjung Piai sabtu lalu.

Pengarah Maritim Wilayah, Wilayah Maritim Selatan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Abu Bakar Idris berkata, bot berkenaan ditahan pada jam 6.00 petang di kedudukan 1.9 batu nautika dari Tanjung dan pihak APMM turut menahan sembilan orang kru termasuk tekong bot yang berusia antara 25 hingga 53 tahun.

“Hasil siasatan mendapati sebanyak 916,500 kotak rokok putih dan 3,048 botol arak pelbagai jenama dan dianggarkan bernilai hampir RM2.5 juta sebelum cukai.

“Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap tekong bot gagal mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan, katanya.

Menurut beliau tangkapan berkenaan adalah rekod terbesar pada tahun ini di perairan Johor dan APMM akan terus meningkatkan rondaan diperairan Johor bagi mengekangkan aktiviti penyeledupan.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967.

(Visited 43 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com