Mahkamah kekal keputusan, UM tak patuhi prosedur denda, gantung pelajar

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Universiti Malaya tidak mematuhi prosedur dalam mengenakan denda atau menggantung lima pelajarnya.

Semua mereka didakwa menganjur dan menyertai perhimpunan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga tahun lalu.

Lima bekas pelajar itu adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan ahli jawatankuasanya, Safwan Shamsuddin, Adam Fistivil Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim.

Universiti itu kemudian menggantung Fahmi selama dua semester dan denda RM600, manakala Safwan digantung selama satu semester dan didenda. Sementara pelajar lain hanya dikenakan denda.

Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam keputusannya dua tahun lalu membenarkan permohonan semakan kehakiman pelajar berkenaan untuk membatalkan keputusan universiti itu selepas ia memutuskan bahawa prosiding tatatertib tidak dijalankan mengikut peraturan tatatertib UM (Kaedah-Kaedah Universiti Malaya Tatatertib Pelajar-Pelajar 1997).

Ia juga memutuskan bahawa apabila lembaga disiplin UM bertemu dengan lembaga rayuan, ia dilakukan tanpa kehadiran pelajar berkenaan.

Kelima-lima mereka diwakili peguam New Sin Yew.

(Visited 12 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66