LAKUKAN KESALAHAN BERULANG – IMIGRESEN PERTIMBANG USIR PEKERJA ASING [12 FEB 2018]

Jabatan Imigresen akan mempertimbangkan tindakan tegas termasuk pengusiran terhadap pekerja warga asing yang melakukan kesalahan berulang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, cadangan itu adalah hasil maklum balas daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pelbagai kesalahan jalan raya dilakukan pekerja warga asing.

Antara kesalahan berulang yang dilakukan termasuk tiada lesen memandu dan cukai jalan, menggunakan dokumen palsu serta kesalahan trafik lain.

Tegas Datuk Seri Mustafar, walaupun jumlah mereka yang melakukan kesalahan jalan raya adalah kecil, tetapi pihaknya tidak boleh berkompromi walaupun mereka mempunyai pas bekerja yang sah.

Tindakan pengusiran boleh dilakukan jika pekerja warga asing berkenaan terus-menerus melakukan kesalahan di bawah APJ 1987.

(Visited 14 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66