HUKUMAN MATI : DITUDUH BUNUH JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN [12 FEB 2018]

Di Mahkamah Majistret Port Dickson pula, seorang penganggur didakwa atas pertuduhan membunuh juruteknologi pergigian – Mahussin Abdul Rahim, 28 tahun pada 22 Januari lalu.

Penganggur berusia 20 tahun itu dituduh di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian pada 22 Januari lalu, mangsa ditemui mati di kediaman tingkat empat kuarters kakitangan Klinik Kesihatan di Lukut oleh rakan sekerjanya.

Berdasarkan keadaan mayat, polis mendapati mangsa meninggal dunia lebih 72 jam.

Bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban mengesahkan mangsa mati akibat hentakan benda keras di bahagian kepala.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes

(Visited 8 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66