SWM Environment Saran Orang Ramai Praktik Kaedah Pembuangan Sisa Sempena Tahun Baru Cina 2018

JOHOR BAHRU, 5 FEB – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menyeru orang ramai untuk mempraktikkan kaedah pembuangan sisa yang telah ditetapkan sempena Tahun Baru Cina 2018.

Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris berkata, SWM mewujudkan Sistem Kutipan 2+1 berdasarkan jadual perkhidmatan dengan kekerapan sebanyak dua kali seminggu bagi kutipan sisa baki dan sekali seminggu bagi kutipan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula.

“Pihak SWM telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan jadual perkhidmatan di setiap laluan keluar dan masuk kawasan perumahan selain pelekat berjadual yang ditampal pada Tong Sampah Beroda (TSB).



“Justeru itu, kerjasama yang erat diperlukan daripada penduduk untuk mengatur pembuangan sisa khususnya sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula dengan merujuk jadual perkhidmatan berkenaan sempena musim perayaan ini, katanya.

Beliau berkata, pihak SWM sedia untuk beroperasi sempena perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini dengan kekuatan dan kemampuan tenaga kerja yang dimiliki bagi memenuhi keperluan di seluruh kawasan perkhidmatannya.

“Sehubungan dengan itu, kerjasama orang ramai untuk memanfaatkan talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472 atau talian Whatsapp SWM Environment di 012-618 0082 untuk berkongsi sebarang maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan, katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak memberikan sebarang bentuk saguhati perayaan kepada tenaga kerja SWM Environment.

“Pihak SWM memohon kerjasama dan perhatian orang ramai agar tidak memberikan sebarang bentuk saguhati kepada tenaga kerja kami kerana etika sebegini tidak dipraktikkan dalam kerja harian kami”, katanya selepas mengadakan kunjungan hormat bersama pengurusan SWM Environment ke agensi-agensi media.

Kunjungan hormat ke atas para pengamal media berkenaan merupakan rutin tahunan yang dimanfaatkan oleh pihak SWM sempena perayaan Tahun Baru Cina dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak selain bagi menyerahkan saguhati berbentuk limau mandarin kepada setiap agensi media yang dikunjungi.

<script async src=”//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js”></script>
<ins class=”adsbygoogle” style=”display: block; text-align: center;” data-ad-layout=”in-article” data-ad-format=”fluid” data-ad-client=”ca-pub-2124380554500161″ data-ad-slot=”6369391757″></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

(Visited 64 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.