SULTAN JOHOR MURKA DENGAN PELUMBA HARAM DI HADAPAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH

SULTAN JOHOR: HENTIKAN LUMBA HARAM DI HADAPAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka dengan tindakan golongan mat rempit yang terus menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebagai medan lumba haram.

Baginda menerima banyak aduan khususnya daripada pesakit HSA tidak dapat tidur disebabkan bunyi bising enjin motosikal akibat perlumbaan haram yang kerap berlaku terutama pada lewat malam.



Tuanku Sultan Ibrahim mahu pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti itu.

“Berhenti dari terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah ini… fikirkan mengenai ketenteraman awam dan pesakit di hospital yang memerlukan rehat secukupnya,” titah Tuanku Sultan Johor kepada Royal Press Office.

Baginda bertitah, Almarhum anakanda, YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim pernah menyebut bahawa dia sukar beradu pada waktu malam semasa menerima rawatan di Wad DiRaja HSA disebabkan bunyi kuat motosikal.

Tuanku Sultan Ibrahim menegaskan, keadaan sama dialami oleh menantu Baginda, YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam ketika melahirkan kedua-dua anakandanya.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri tidak dapat beradu pada waktu malam disebabkan gangguan bunyi motosikal yang berlumba dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.

“Saya juga mengalami pengalaman yang sama ketika menerima rawatan di Wad DiRaja HSA,” titah Baginda.

#sultanjohor
#royalpressoffice

(Visited 63 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.