Karnival Jualan Mega Muafakat Dan Biorosot Biokompos Johor 2018 – @JBiotechCorp

Karnival Jualan Mega Muafakat Dan Biorosot Biokompos Johor 2018

JOHOR BAHRU, 27 Jan – J-Biotech dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Keperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan Karnival Jualan Mega Muafakat Johor & Biorosot Biokompos Johor (BBJ) bagi merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut melancarkan beberapa pelancaran di bawah inisiatif anak syarikat J-Biotech iaitu J-Bio Ecogreen Sdn Bhd iaitu pelancaran Laman Sesawang Inisiatif Biorosot dan Biokompos Negeri Johor (BBJ) iaitu sebuah laman sesawang yang diwujudkan untuk memudahkan orang ramai mengetahui dan memahami dasar kelestarian negeri Johor dan Agenda Johor Lestari di bawah Inisiatif BBJ berkenaan.

Selain itu ianya memudahkan orang ramai untuk membeli produk-produk biorosot dan biokompos berkenaan melalui atas talian dengan harga berpatutan dan jaminan kesahihan produk berkenaan (online purchasing) serta dengan melayari laman sesawang itu para pembeli dan pengguna dapat mengenalpasti senarai pengeluar, pembekal dan agen daerah yang telah berdaftar secara sah di bawah J-Biotech serta senarai produk yang ditawarkan dan pendaftaran sebagai pengeluar dan pembekal produk yang berdaftar boleh dilakukan secara online.

Kemudahan untuk memperolehi maklumat-maklumat yang berguna berhubung dengan inisiatif, aktiviti, program dan pelaksanaan yang dijalankan di setiap daerah dalam negeri Johor di sepanjang tahun.

Penyampaian sijil pendaftaran kepada Ejen Pendaftaran Daerah di bawah Inisiatif Biorosot & Biokompos Johor turut diadakan dan melalui syarikat J-Bio Ecogreen Sdn. Bhd, 10 usahawan tempatan telah di lantik sebagai agen Pendaftaran daerah sebagai pembekal bagi memasarkan produk-produk bioplastik serta biorosot dan biokompos diserata daerah.

Semua pengeluar wajib mendaftar dengan pihak J-Biotech bagi mengikuti program Inisiatif BBJ dan ianya termasuk mendaftar produk yang dihasilkan mestilah mematuhi kriteria yang ditetapkan termasuklah melalui ujian ketulenan produk dari makmal yang diikhtiraf dengan kerjasama pihak SIRIM.

Pelancaran Program Biokompos Sekolah Perintis di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia iaitu sebuah usahasama yang di jalinkan melalui J-Bio Ecogreen Sdn Bhd dan Syarikat Meiko dalam membantu pihak sekolah mengurangkan sisa makanan menjadi baja biokompos yang dapat melestari alam sekitar.

(Visited 93 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com