Jelajah Pusat Baja Johor Bantu Transformasi Bioekonomi Pertanian Negeri Johor – @JBiotechCorp

Jelajah Pusat Baja Johor Bantu Transformasi Bioekonomi Pertanian Negeri Johor

MUAR, 28 Jan – J-Biotech melancarkan Jelajah Pusat Baja Johor bagi membantu transformasi bioekonomi pertanian Negeri Johor menerusi inovasi pengurusan sisa kepada penghasilan produk baja berasaskan bio dengan penggunaan teknologi hijau.

Bersempena jelajah berkenaan J-Biotech juga mengedarkan baja organik kepada wakil 10 DUN kawasan daerah
Muar dan inisiatif Pusat Baja Johor berkenaan akan menjelajahi ke empat zon pelaksanaan iaitu Zon 1 Kota Tinggi dan Mersing, Zon 2 Muar, Tangkak dan Segamat, Zon 3 Kluang dan Batu Pahat dan Zon 4 Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Menerusi siri jelajah berkenaan, di daerah Muar seramai 340 orang menerima baja seberat 105kg dan bagi keseluruhan jelajah sebanyak 1,100 penerima baja organik bagi daerah Muar, Segamat, Kota Tinggi dan Kluang bertujuan bagi memberi pendedahan dan galakan kepada petani dan pekebun luar penggunaan baja organik dalam tanaman mereka.

Melalui inisiatif berkenaan, ianya dapat membantu bagi memantapkan pengurusan sisa ternakan dan pertanian di negeri Johor menerusi kaedah yang lebih sistematik dengan aplikasi teknologi hijau melalui inovasi formulasi dan konsep kitar semula sisa pertanian kepada baja organik.

Selain itu, ianya juga membantu mempelbagaikan sumber dan melestari ekonomi komuniti pertanian, membangun dan memperkasa usahawan baru serta mewujud peluang-peluang baru menerusi aktiviti komersil sampingan yang berkaitan.

Pelaksanaan Pusat Baja Johor juga dipantau oleh Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor terdiri daripada 10 jabatan agensi kerajaan negeri dan persekutuan dengan penglibatan PTD di setiap daerah yang terlibat serta diurusetia oleh J-Biotech.

Di bawah Teras Kesejahteraan Rakyat Negeri Johor, PBJ turut disasar bagi membantu dan memperkasa kesejahteraan
serta pengupayaan bioekonomi komuniti pertanian di Negeri Johor dan isu berkenaan persaingan tidak akan timbul kerana Pusat Baja Johor bakal disasar untuk mengukuhkan dan membantu pengusaha Baja Bumiputera dalam pelbagai aktiviti sebagai vendor dan ejen di setiap Zon/ Daerah.

Majlis pelancaran berkenaan turut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas,
Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Tuan Haji Ismail bin Mohamed sebagai wakil rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin.

Pembelian bagi produk baja organik ini adalah terbuka kepada semua dan boleh
didapati melalui bahagian pemasaran J-Bio Ecogreen Sdn Bhd di talian 07-2411 810.

(Visited 51 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66