GARIS PANDUAN BAHARU – PERLU DIPATUHI SEMUA KILANG PEMPROSES AYAM [29 JAN 2018]

Satu garis panduan baharu bagi merawat serta pengurusan buangan najis ayam, bakal dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan, garis panduan berkenaan adalah penyelesaian masalah pencemaran ammonia pada sumber bekalan air bersih hingga menjejaskan operasi loji rawatan air.

Dijangkakan, garis panduan berkenaan disiapkan kurang tempoh enam bulan.

Semua kilang pemproses ayam, DIARAH mematuhi garis panduan itu.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kilang pemprosesan najis ayam dan ladang ternakan ayam Syarikat Lew Peng Enterprise di Sedenak, Johor.

Datuk Seri Wan Junaidi turut memberi amaran kepada pemilik kilang berkenaan untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan tindakan pemberhentian operasi sekali lagi.

(Visited 10 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66