Sultan Johor Bertindak Sebagai Pendamai Selesai Isu Roboh Kuil

Sultan Johor Bertindak Sebagai Pendamai Selesai Isu Roboh Kuil.

JOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam berkenan bertindak sebagai pendamai bagi mencari penyelesaian berikutan kontroversi meroboh kuil Hindu di Seri Alam baru-baru ini.

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap beberapa wakil Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakaruppar, dengan diiringi Ahli Exco Negeri Johor, R. Vidyananthan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi.

Dalam pertemuan berkenaan,  Baginda bertitah akan memastikan satu lokasi baharu disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membina semula kuil terbabit.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menawarkan kepada pihak pengurusan kuil sebidang tanah baharu yang dirizabkan sebagai tapak kuil di Jalan Persisiran, Seri Alam.

Turut hadir dalam pertemuan berkenaan adalah YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim.

Tuanku Sultan Johor dan Tunku Idris Iskandar masing-masing turut berkenan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM100,000 dan RM70,000 kepada jawatankuasa kuil untuk menampung kos pemindahan.

Baginda menggesa semua pihak memberi kerjasama penuh bagi menyelesaikan perkara ini secara baik dan menambah ianya tidak perlu diperbesar-besarkan lagi perkara berkenaan.

Kuil yang berusia 80 tahun berkenaan dirobohkan pada 11 Januari lalu dengan kebenaran perintah mahkamah yang dipohon secara persendirian oleh pemilik sah tanah selepas semua rundingan dengan pengurusan kuil menemui kegagalan.

(Visited 66 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.