Tular Palsu Bukan Di Johor

Tular Palsu Bukan Di Johor

JOHOR BAHRU, 9 Dis – Polis Johor menafikan kejadian penculikan dan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak yang didakwa berlaku di negeri ini yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata tular berkenaan memaparkan gambar seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan kesan kelaran di bahagian leher.

“Terdapat jahitan di sepanjang atas badan dipercayai meninggal dunia serta semua organ dalaman juga didapati tiada.

“Turut ditularkan ialah gambar dua individu yang masih dikehendaki Polis Johor yang pernah disiarkan kepada media,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, Polis Johor menafikan kes penculikan dan pembunuhan ini ada dilaporkan serta berlaku di negeri ini.

“Penyebaran maklumat palsu ini dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.

“Perbuatan menyebarkan dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang,” katanya.

Tambah beliau, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes ini boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperoleh dari sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu, katanya.

(Visited 76 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66