Majlis Serah Terima Tugas IPK Johor

Majlis Serah Terima Tugas IPK Johor.

JOHOR BAHRU, 4 Jan – Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berkuatkuasa semalam.

Kamaluddin Kassim yang mengambil alih jawatan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Azman Ayob yang telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Negeri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Dalam majlis yang sama, turut menerima tugas baru ialah bekas Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (KJStaRT) IPK Terengganu Superintendan Abd Rahim Man yang dilantik Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi IPK Johor yang menggantikan Deputi Superintendan Lye Boon Choy yang memangku jawatan terbabit sebelum ini.

Lye dilantik Pegawai Turus Logistik (Pengangkutan) IPK Johor.

Majlis serah terima tugas berkenaan itu turut disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd di Dewan Dato’ Onn IPK Johor semalam. (Foto Ihsan Polis Johor)

(Visited 16 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66