Berita Kematian Palsu Ditularkan

Berita Kematian Palsu Ditularkan

MUAR, 4 Jan – Remaja perempuan parah manakala sepupunya patah kaki kiri selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Temenggung Ahmad, Muar Johor 10.45 pagi semalam.

Ahli keluarga mangsa, Muhd Afiq Samsuddin, 21, berkata, sepupunya, Siti Aisyah Ahamad Samsuri, 18, dan adiknya, Nor Afifah juga 18 tahun, dalam perjalanan ke tempat kerja yang terletak kira-kira 11 kilometer dari kediaman mereka di Parit Pinang Seribu, Parit Jawa di sini sebelum kejadian.

“Kedua-dua mereka bekerja sebagai pembantu kedai telefon bimbit sejak sebulan lalu untuk mengisi masa terluang selain mencari duit perbelanjaan sendiri sementara menunggu tawaran menyambung pengajian selepas tamat persekolahan di tingkatan lima.

“Adik bersama sepupunya bertolak dari rumah kira-kira 10.30 pagi dan biasanya perjalanan mereka mengambil masa selama 25 minit untuk sampai ke tempat kerja.

“Berita termasuk gambar dan video rakaman mengenai kejadian viral di media sosial mendakwa sepupu kami meninggal dunia adalah tidak benar dan kami kesal dengan dakwaan pihak berkenaan yang menyampaikan maklumat palsu.

“Akibat kemalangan berkenaan, adik mengalami patah peha kiri selain luka kecil di badan termasuk dahi, kepala dan lutut kiri manakala sepupu kini sudah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kira-kira 7.30 malam semalam” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pemandu lori berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang dan pembonceng motosikal dibawa ambulans ke HPSF bagi menerima rawatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian penunggang motosikal yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

“Kawasan kemalangan adalah merupakan jalan simpang empat berlampu isyarat dan ketika kejadian berlaku keadaan jalan raya adalah lancar dan lampu isyarat berfungsi dengan baik, katanya. (Foto Netizen)

(Visited 69 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66