Golden Screen Cinemas (@GSCinemas) Buka Pawagam 4DX Di Johor


Golden Screen Cinemas (GSC) Buka Pawagam 4DX Di Johor.

JOHOR BAHRU, 22 Dis – Golden Screen Cinemas (GSC) Malaysia dengan julung kalinya membuka pawagam dengan kesan khas 4DX di Paradigm Mall, Johor Bahru, di sini hari ini.

Pihak GSC juga berbesar hati untuk memberi tayangan filem secara percuma di GSC Paradigm Mall JB bermula hari ini sehingga 28 Disember 2017.



Sebanyak enam buah filem yang akan ditayangkan secara percuma seperti ‘Spider-Man – Homecoming’, ‘Vivegam’, ‘Abang Long Fadil 2’, ‘The Adventures’, ‘Cars 3’ dan ‘Geostorm’.

GSC Paradigm Mall JB merupakan pawagam terbesar di Malaysia yang terletak di lokasi strategik bukan sahaja untuk penonton di Malaysia malah daripada negara jiran iaitu Singapura yang turut akan menikmati pengalaman panggung 4DX pertama di Johor.

Di GSC Paradigm Mall, Johor baru berkenaan mempunyai 16 skrin, dengan kapasiti sebanyak 2,107 tempat duduk dan turut mempunyai GSC Maxx Screen, yang merupakan skrin terbesar di Semenanjung Malaysia.

Untuk penonton yang gemarkan kelainan ketika menonton filem di pawagam, 4DX sudah pastinya akan memberikan pengalaman yang menakjubkan kerana 4DX akan memberi kesan kepada penonton secara realiti seperti mereka turut berada di dalam filem berkenaan.

Antara kesan yang menakjubkan ketika menonton filem di pawagam 4DX adalah pergerakkan kerusi, kesan alam semulajadi seperti bunyi angin, air, kabus, pencahayaan dan lain-lain lagi.

Selain menempah tiket secara online, para pengunjung GSC Paradigm Mall Johor Bahru juga turut diberi kemudahan e-kiosk untuk membeli tiket filem yang ditayangkan di pawagam berkenaan.

(Visited 113 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.