@PolisJohor Kenal Pasti Suspek Kes Pembunuhan Tragis

@PolisJohor Kenal Pasti Suspek Kes Pembunuhan Tragis.

JOHOR BAHRU, 18 Dis – Polis Johor telah mengenal pasti empat suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan tragis seorang lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, malam semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, usaha mengesan semua suspek berkenaan masih giat dijalankan.

“Polis berjaya mengenal pasti empat suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan usaha masih giat digerakkan bagi mengesan dan menahan mereka.

“Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini diminta menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau hubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 dengan kadar segera,” katanya.

Menurut beliau, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati BMW 520i yang bernombor pendaftaran WB79L tidak digunakan oleh pemiliknya.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati BMW 520i bernombor pendaftaran WB79L adalah menggunakan nombor pendaftaran yang bukan miliknya.

“Pemilik asal berjaya dikesan dan selepas temubual dijalankan kita mendapati dia tiada kaitan dengan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Mohd Khalil turut mengesahkan bahawa mangsa maut akibat tikaman selepas hasil bedah siasat dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah ‘stab wound to the heart’ (luka tikaman ke hati).

(Visited 171 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com