Simpanan haji pekebun lebur kerana Macau Scam

Simpanan haji pekebun lebur kerana Macau Scam

Seorang pekebun kehilangan RM67,700 dalam sekelip mata akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai anggota polis.

Ini termasuklah wang simpanan mangsa yang berusia 59 tahun itu untuk menunaikan ibadat haji.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata mangsa yang menetap di Labis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘Inspektor Fazli’.

Mangsa kemudian diberitahu yang dia sedang dikehendaki polis atas kesalahan bersubahat dengan seorang pengedar dadah dan terlibat dalam urusniaga dadah seberat 10kg yang bernilai jutaan ringgit.

‘Inspektor Fazli’ juga memberitahu mangsa yang dia boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati sekiranya didapati bersalah.

‘Inspektor Fazli’ kemudia berkata dia boleh membantu mangsa sekiranya mangsa memaklumkan kod pengeluaran akaun bank milik mangsa.

Kerana panik, Raub berkata mangsa bertindak memberikan nombor pin dua akaun miliknya dan mendapati sebanyak RM21,700 beberapa minit kemudian.

Tidak terhenti disitu, ‘Inspektor Fazli’ sekali lagi menghubungi mangsa dan meminta tambahan wang sebanyak RM46,000 lagi untuk memastikan mangsa bebas sepenuhnya.

“Mangsa kemudian memberikan kod pengeluaran tunai di sebuah bank tempatan yang turut mempunyai akses terhadap akaun Tabung Haji sebelum mendapati berlaku pengeluaran sebanyak RM46,000.

“Secara keseluruhan, mangsa telah kerugian RM67,700 dan hanya mendapati dirinya ditipu apabila suspek yang berjanji untuk menghubunginya semula tidak berbuat demikian,” kata Raub.

Mangsa telah membuat laporan polis dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

(Visited 18 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66