Bocor dinding akibat tertekan pedal minyak

Bocor dinding akibat tertekan pedal minyak

Seorang remaja wanita merempuh premis kedai sebuah stesen minyak di Pelangi Indah, 1.30 pagi tadi.

Remaja berusia 19 tahun tersebut sebelum itu baharu sahaja selesai mengisi minyak di stesen berkenaan sebelum kenderaan dipandunya merempuh bahagian kedai stesen tersebut.

Remaja yang bekerja sebagai kerani tersebut dipercayai tertekan pedal minyak hingga menyebabkan kenderaannya itu terbabas.

Kereta tersebut bagaimanapun berhenti setelah merempuh beberapa rak dalam kedai itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata remaja yang beralamat di Kota Tinggi itu hanya mengalami luka kecil di muka, tangan dan kaki.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Shahurinain dalam satu kenyataan hari ini.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66