Bekalan elektrik di separuh JB kembali

Bekalan elektrik di separuh JB kembali

Gangguan bekalan elektrik di sebahagian Johor Bahru telahpun diatasi dengan semua pengguna kembalk mendapat bekalan elektrik masing-masing.

Ini susulan kerosakan kepada pencawang masuk utama (PMU) Perling yang menjejaskan bekalan eletrik di kawasan berdekatan.



Menurut Pengurus Besar Kanan (Distribution Network), Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Wan Nazmy Wan Mahmood, berkata hanya pusat membeli-belah AEON Bukit Indah, Paradigm Mall dan Country Garden yang terpaksa menggunakan set janakuasa tunggu sedia masing-masing.

“Ketiga-tiga kompleks membeli-belah itu dijangka mendapat bekalan elektrik sepenuhnya dari grid tengah malam esok.

“TNB kesal atas apa yang berlaku dan memahami kesulitan yang dihadapi pengguna.

“Fokus utama kami sekarang ialah memberikan bekalan elektrik sementara kerosakan sedang giat dibaik pulih,” kata Wan Nazmy.

Masyarakat dinasihatkan merujuk kepada laman Facebook TNB Careline atau meghubungi talian TNB Careline 15454 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik di kawasan mereka.

(Visited 56 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.