Kualiti Alam Sekitar Di Johor Yang Terbaik – @KhaledNordin

Kualiti Alam Sekitar Di Johor Yang Terbaik. @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 4 Dis – Sekalipun Johor mencatatkan kemasukan pelaburan dalam pembuatan yang tertinggi dalam negara sekali gus menjadikannya sebuah negeri industri yang pesat, tetapi tahap dan prestasi alam sekitar kita sangat membanggakan.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Johor mencatatkan 75.74% dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (EPI) 2014 dan merupakan negeri kelima terbaik dalam melindungi ekosistem dan kesihatan manusia dari bahaya alam sekitar.

“Bagi negeri-negeri industri lain seperti Selangor dan Pulau Pinang, mereka masing-masing berada di tangga ke 9 dan 14 iaitu antara yang tercorot dalam negara.

“Pencapaian berkenaan antara lain disumbangkan oleh komitmen kerajaan negeri dengan memperkenalkan Dasar Kelestarian Johor serta inisiatif penanaman pokok secara besar-besaran di seluruh Johor, katanya.

(Visited 31 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.