Johor Catat Kesenjangan Yang Kecil @KhaledNordin

Johor Catat Kesenjangan Yang Kecil @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 4 Dis – Negeri Johor merekodkan mempunyai kesenjangan yang kecil iaitu rekod jurang pendapatan antara luar bandar dan bandar di antara golongan yang berpendapatan tinggi dan golongan yang kurang berkemampuan.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesenjangan atau jurang pendapatan antara luar bandar dan bandar di antara yang kaya dan miskin merupakan satu aspek penting dalam mengukur prestasi sesebuah ekonomi.

“Johor merupakan negeri yang merekodkan prestasi cemerlang dalam aspek berkenaan dengan bacaan Pekali Gini antara yang terbaik di Malaysia iaitu serendah 0.354 pada tahun 2016 dan telah mengatasi negeri Selangor yang mencatatkan 0.372 manakala negeri Pulau Pinang merekodkan 0.356.

“Pada tahun 2014, bacaan negeri Johor adalah serendah 0.324, iaitu yang terendah di Malaysia selepas negeri Melaka.

“Bacaan yang rendah berkenaan adalah baik kerana ianya menunjukkan bahawa jurang atau perbezaan pembahagian kekayaan dan hasil negeri antara rakyat adalah kecil, katanya ketika berucap pada sesi penggulungan persidangan Dewan Persidangan Negeri Johor yang ke 13, hari ini.

Menurut beliau, pendapatan isi rumah Johor terus mencatatkan peningkatan demi peningkatan dan merekodkan pendapatan isi rumah Johor adalah sebanyak RM6,928.

“Jumlah berkenaan adalah lebih baik dan mengatasi negeri Pulau Pinang yang mencatatkan sebanyak RM6,771, walaupun pada hakikatnya pendapatan per kapita negeri itu sebenarnya lebih tinggi berbanding Johor iaitu sebanyak RM47,322 dan di Johor hanya pada RM31,952.

“Ini menunjukkan bahawa pendapatan dan perolehan di negeri Johor benar-benar sampai kepada rakyat dan tidak hanya dimonopoli oleh sesetengah pihak atau syarikat-syarikat besar seperti di Pulau Pinang, katanya.

Mohamed Khaled berkata, walau bagaimanapun, fakta ini tidak digemari oleh pihak pembangkang yang menyatakan wujud kesenjangan pendapatan antara daerah-daerah di Johor serta ianya tidak dinafikan bahawa wujud perbezaan dan jurang antara daerah-daerah di Johor, malah menyedari wujudnya kesenjangan di antara daerah-daerah berkenaan kerajaan negeri memperkenalkan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ).

“Kita mahu melihat bagaimana potensi sesebuah daerah yang saling berbeza ini, bukan sahaja dibangunkan malah dibangunkan mengikut kearifan tempatan dan dakwaan bahawa pembangunan terlalu tertumpu di Johor Selatan seharusnya tidak berlaku jika pemimpin pembangkang memberi perhatian kepada komitmen kerajaan negeri yang dizahirkan pada Bajet 2018.

“Perkara ini telah disentuh di awal pembentangan pada sebelum ini bahawa kerajaan negeri sememangnya mahu memberikan perhatian pula kepada pembangunan dan pertumbuhan di Jajaran Johor Timur dan Johor Barat, katanya.

(Visited 29 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.