40 peserta berdemo desak @KhaledNordin turun

40 peserta berdemo desak Khaled turun

Kira-kira 40 ahli dan pimpinan Pakatan Harapan Johor menghadiri perhimpunan mendesak pengunduran Menteri Besar Johor Mohamed Khaled Nordin hari ini di Kota Iskandar.

Demonstrasi tersebut, dimana beberapa plakad bertulis “JO1” ataupun Johor Official 1 diadakan bagi mendesak Mohamed Khaled menjelaskan kepada orang ramai sama ada dia terlibat dalam skandal hartanah tersebut.

Himpunan tersebut diadakan ketika Mohamed Khaled sedang menunggu giliran untuk menyampaikan ucapan penggulungannya dalam sidang DUN Johor.

Mohamed Khaled, dalam ucapannya tersebut, menafikan menerima wang habuan berkaitan skandal yang melibatkan seorang bekas exco kanan kerajaan negeri.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor
Taquiddin Che Man, yang turut hadir dalam himpunan hari ini berkata Mohamed Khaled patut direhatkan daripada jawatannya.

Minggu lalu, Wong Shu Qi (DAP-Senai) bertanya sama ada Khaled menerima RM12 juta bagi menukar status hartanah bumiputera kepada bukan bumiputera, berdasarkan dokumen kenyataan saksi SPRM yang bocor di Internet.

 

(Visited 54 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.