3,803 unit rumah sahaja tak terjual di Johor – @JaisSarday

3,803 unit rumah sahaja tak terjual di Johor

Walaupun mempunyai jumlah peratusan tertinggi rumah tidak terjual, jumlah unit rumah kediaman yang tidak terjual di Johor hanyalah sejumlah 3,803 unit.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Md. Jais Sarday, baki 31,483 unit yang tidak terjual pula merupakan lot komersial seperti apartmen perkhidmatan dan rumah pejabat yang disewakan dan terletak di zon hartanah antarabangsa.

“Laporan yang dikeluarkan Bank Negara telah menimbulkan kebimbangan terutamanya dalam kalangan pemaju.

“Bagaimanapun, perkara ini tidak harus dibimbangkan dan kita pasti pemaju-pemaju projek perumahan ini proaktif dalam mempromosi lot komersial mereka,” Md Jais berkata selepas sesi sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Iskandar, hari ini.

Beliau mengulas laporan yang diterbitkan Bank Negara baru-baru ini yang menyebut Johor sebagai negeri yang mempunyai peratusan tertinggi rumah tidak terjual, iaitu sebanyak 27%, diikuti Selangor (21%), Kuala Lumpur (14%) dan Pulau Pinang (8%).

(Visited 35 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66