Bekalan ubat seluruh negara terjejas, bukan Johor sahaja – @AyubBinRahmat

Bekalan ubat seluruh negara terjejas, bukan Johor sahaja

Johor tidak mengalami masalah kekurangan bekalan ubat seperti didakwa berlaku pada Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata kekurangan bekalan ubat-ubatan hanyalah melibatkan 30 jenis ubat-ubatan.

Ayub bagaimanapun berkata kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk menangani isu tersebut.

“Masalah kekurangan dan ketiadaan ubat hanya melibatkan 30 jenis ubat-ubatan (tiga peratus dari 1,000 jenis ubat) di fasiliti kesihatan di negeri Johor.

“Ini disebabkan penggunaan dan permintaan ubat yang tinggi yang melibatkan jenis ubat tersebut yang berlaku bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara yang mengakibatkan pembekal tidak dapat menampung bekalan dalam tempoh serahan atau membekal ubat tersebut secara berperingkat-peringkat ke fasiliti kesihatan yang menyebabkan gangguan stok ubat,” Ayub berkata dalam Sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr. Mohamad Taslim (Pas-Maharani) berhubung isu kekurangan dan ketiadaan ubatan di klinik dan hospital kerajaan yang didakwanya menyusahkan pesakit.

(Visited 16 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66