UTM, PERINTIS dan ASM anjur STEMapps Challenge 2017

JOHOR BAHRU, 24 November 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dengan kerjasama Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) dan Akademi Sains Malaysia (ASM) bersama UTM-IRDA MaGICX (Media and Game Innovation Centre of Excellence) telah bergabung tenaga menganjurkan STEMapps Challenge 2017 pada 18-19 November 2017 di Pusat Inovasi Mahasiswa, UTM.

MRSM Muadzam Shah, Pahang juara STEMapps Challenge 2017

Program yang dianjurkan buat kali ke dua itu telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Sebanyak 95 penyertaan yang terdiri daripada 41 kumpulan daripada 23 sekolah dari seluruh Malaysia telah menyertai STEMapps Challenge 2017.

Hasil dari saringan, 16 kumpulan telah terpilih ke peringkat akhir. STEMapps Challenge terdiri daripada kursus asas pembangunan aplikasi interaktif dan Hackathon (WhatDeHack Junior).

Pengarah UTM-IRDA MaGICX, Prof Madya Dr. Mohd Shahrizal Sunar, program STEMapps Challenge 2017 adalah satu pertandingan merekacipta dan membangun aplikasi mudah alih berdasarkan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk kali kedua ianya diadakan.

“Penghasilan aplikasi ini dapat meningkatkan nilai pembelajaran sains dan matematik dalam kalangan pelajar dengan mengetengahkan proses pembelajaran terkini mengikut trend semasa.

Selain itu, penghasilan aplikasi ini juga dilihat akan dapat menarik dan meningkatkan minat pelajar sekolah terhadap pengajaran dan pembelajaran STEM.

Dalam program ini, pihak sekolah melalui guru dan pelajar mencadangkan idea aplikasi interaktif berasaskan STEM manakala pelajar dari Fakulti Komputeran, UTM membangunkan prototaip idea tersebut dalam masa 24 jam,” katanya yang juga pengarah program.

Beliau berkata, pada tahun ini, SWM Environment Sdn. Bhd. selaku rakan industri turut menaja hadiah khas untuk peserta yang membangunkan aplikasi yang mengetengahkan konsep barangan kitar semula.

“Pihak SMW percaya aplikasi mudah alih ini dapat menyalurkan maklumat kitar semula kepada masyarakat dengan lebih kreatif dan berkesan.

“Dalam pertandingan ini, kumpulan Vortex yang membangunkan aplikasi dengan tajuk Vortex Dice dari MRSM Muadzam Shah, Pahang telah berjaya menjadi Johan bagi pertandingan pada kali ini,” katanya.

Sementara itu, Guru Pembimbing kumpulan, Marinda Masdar berkata, idea untuk membangunkan aplikasi Vortex Dice ini adalah untuk memperkenalkan sebuah permainan yang berasaskan cita-cita merujuk kepada perkataan STEM.

“Aplikasi ini dibangunkan oleh pelajar Fakulti Komputeran, UTM iaitu Nurul Aqilah Ibrahim dan Boon Shi Ting,” katanya.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh peserta dari SMK Sungai Rambai, Melaka dan MRSM Kota Kinabalu, Sabah masing-masing yang membawa pulang hadiah berjumlah RM2000 dan RM1000.

Kumpulan yang memenangi anugerah khas kitar semula adalah dari kumpulan Super Trio dari Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Produk yang mereka kasilkan bertujuan mendidik pemain untuk mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula mengikut tong-tong yang sepatutnya di samping menerapkan elemen pembelajaran STEM.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh wakil Presiden Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) Prof. Dr. Azman bin Hassan.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66