#BajetJohor2018: Usaha Atasi Isu Bekalan Air Johor Diteruskan

Bajet Johor 2018: Usaha Atasi Isu Bekalan Air Johor Diteruskan

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov. – Usaha mengatasi isu bekalan air di Johor terus diberi perhatian kerajaan negeri apabila sebanyak 12 projek infrastruktur air dan inisiatif pemeliharaan sumber utama itu diumumkan pada pembentangan Bajet Johor 2018 hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kesemua pembangunan projek itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan pusat berjumlah RM925.6 juta dan kerajaan negeri sebanyak RM130 juta.

“Infrastruktur air di Johor akan dibangunkan melalui peruntukan yang disediakan agensi Kerajaan Pusat iaitu Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berjumlah RM925.6 juta. Peruntukan ini merangkumi 12 buah projek.

“Projek itu turut melibatkan pembinaan loji baharu iaitu Loji Rawatan Air Buluh Kasap, Segamat; Loji Rawatan Air Sungai Layang 2, Johor Bahru; Loji Rawatan Air Pagoh, Muar dan pembinaan tangki baharu di Labis, Segamat, katanya.

Menurut Mohamed Khaled, dua inisiatif lain di bawah peruntukan Kerajaan Negeri iaitu projek pembinaan Loji Rawatan Air Kahang bernilai RM100 juta dan projek pembekalan air mentah Layang 2 (Fasa 2) daripada Empangan Seluyut ke Empangan Upper Layang bernilai RM30 juta.

“Sebanyak RM8 juta diperuntukkan kepada Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (BAKAJ) dalam Bajet Johor 2018 bagi melaksanakan sembilan inisiatif pemeliharaan sumber air.

“Inisiatif tersebut termasuk pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Johor, dengan kos RM2 juta; Projek Pemasangan Weir Barrage Sungai Johor, Kota Tinggi (RM1.2 juta) dan  Projek Sumber Air di pelbagai daerah (RM2.4 juta), katanya.

Mohamed Khaled berkata, bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Johor pula, Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi tahun 2018, manakala Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) akan diberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM35 juta bagi melaksanakan projek-projek menyelenggara parit dan saliran seluruh Johor serta kerja-kerja tebatan banjir.

(Visited 49 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.