#BajetJohor2018: Semua Kaum Terima Manfaat

Bajet Johor 2018: Semua Kaum Terima Manfaat

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Kerajaan negeri hari ini sekali lagi membuktikan bahawa perancangan pembangunan yang dilaksanakan adalah inklusif untuk semua Bangsa Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam pembentangan Bajet Johor 2018 mengumumkan peruntukan khusus untuk pembangunan kaum India berjumlah RM9.5 juta manakala RM6.5 juta untuk kaum Cina.

“Peruntukan kepada bagi masyarakat India meliputi peruntukan berjumlah RM6.5 juta kepada Yayasan Sultanah Rogayah bagi program keusahawanan sebanyak RM2.5 juta, kebajikan, RM2.5 juta dan pendidikan, RM1.5 juta.

“Selain itu, RM1.5 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja baik pulih prasarana Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil serta RM1.5 juta lagi melalui program Tabung Latihan Kemahiran Johor untuk masyarakat India.

“Peruntukan khusus pembangunan masyarakat Cina pula dipecahkan kepada Yayasan Sultanah Fatimah (RM3 juta), inisiatif meningkatkan mutu pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di SJKC serta pembiayaan kos pendidikan latihan vokasional (RM1 juta) dan kerja-kerja baik pulih prasarana SJKC, (RM2.5 juta),” katanya.

Mohamed Khaled berkata, peruntukan kepada Kolej Universiti Selatan akan diteruskan dengan jumlah RM500,000 yang bermatlamat untuk meningkatkan mutu pendidikan tinggi masyarakat Cina.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut mengumumkan peruntukan Kerajaan Negeri bagi warga Sikh, Sabah, Sarawak dan Orang Asli di Johor.

“Bagi memastikan kemudahan awam kita bukan sahaja lengkap tetapi inklusif, maka kita juga akan membina dewan komuniti masyarakat Sikh di bandar Kulai dan dewan komuniti masyarakat India di Seri Alam, Pasir Gudang dengan peruntukan RM1 juta setiap satu.

“Bagi masyarakat Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Johor, Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan peruntukan RM300,000, yang antaranya adalah untuk pembangunan ekonomi dan penganjuran aktiviti atau program,” katanya.

Menurut beliau, pembangunan Orang Asli turut tidak dipinggirkan apabila beliau mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi program pembangunan komuniti yang dinamakan ProDaya Orang Asli serta pembangunan infrastruktur asas di perkampungan golongan itu di seluruh Johor.

(Visited 82 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.