#BajetJohor2018: Projek ERA Diperluaskan

Bajet Johor 2018: Projek ERA Diperluaskan

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Projek Ekonomi Rakyat Johor diperluaskan ke seluruh negeri Johor pada tahun hadapan dengan peruntukan RM1 juta ekoran kejayaan projek perintisnya di Pasir Gudang tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, ia merupakan usaha untuk meningkatkan hasil pencarian golongan berpendapatan rendah melalui konsep keusahawanan sosial dengan penglibatan golongan pasca siswazah bersama masyarakat.

“Ia terbahagi kepada lima jenis iaitu tanaman cili fertigasi, cendawan tiram kelabu, ternakan ikan kolam, perniagaan aiskrim dan bakeri.

“Projek ERA merupakan antara enam inisiatif yang digariskan untuk dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC Johor) dengan peruntukan RM6 juta, katanya.

Menurut Mohamed Khaled, dua daripadanya bertumpu kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) iaitu Insentif Bantuan PKS Johor dan Program Misi Jejak PKS.

“Program Galakan Usahawan Johor akan ditambah baik dengan memperluas skop bantuan kepada 650 usahawan mini mikro dan mikro yang disasar untuk menerima bantuan peralatan, pembungkusan dan promosi.

“Program Misi Jejak PKS juga akan mengenal pasti masalah dan memberikan bantuan khidmat nasihat secara terus kepada usahawan melalui lawatan yang dijalankan di 26 lokasi dengan mensasarkan 200 usahawan”, katanya.

(Visited 44 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66