KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Mulai tahun hadapan, semua pinjaman pengajian tinggi Johor tidak akan dikenakan sebarangh caj dan faedah, termasuk yang disediakan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri bersetuju untuk memansuhkan kos perkhidmatan empat peratus bagi peminjam baharu dan peminjam yang dijadualkan mula membayar balik pinjaman pada tahun hadapan.



“Pemberian pinjaman itu dikenali sebagai ‘qard hassan’ dalam sistem kewangan Islam.

“Sehingga hari ini, YPJ telah memperkenalkan pelbagai penambahbaikan kepada Skim Pinjaman Pelajaran YPJ, termasuklah pemberian pengecualian bayaran balik pinjaman bagi peminjam yang berjaya mendapat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama,” katanya.

Menurut beliau, YPJ juga akan memperuntukkan RM20.35 juta bagi pinjaman pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Jumlah berkenaan akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,290 mahasiswa dan akan disalurkan melalui antaranya, Biasiswa Sultan Ibrahim kepada lima pelajar cemerlang Johor yang menerima tawaran menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah serta Biasiswa Sukan Atlet Johor,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, peruntukan RM500,000 turut diberikan dalam skim pinjaman baharu khusus untuk membiayai 20 pelajar cemerlang Johor yang ditawarkan tempat pengajian di mana-mana universiti antarabangsa swasta yang terletak dalam EduCity, Iskandar Malaysia.

“Johor merupakan antara negeri yang mempunyai banyak universiti serta institusi pengajian tinggi antarabangsa serta menawarkan pelbagai program pengajian, dan kerajaan negeri tidak akan membiarkan anak-anak Johor sekadar menjadi pemerhati kepada semua ini,” katanya.



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 105 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.