#BajetJohor2018: Perkhidmatan Bas Percuma Diperluas

Bajet Johor 2018: Perkhidmatan Bas Percuma Diperluas

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Kerajaan negeri akan menyediakan empat laluan baharu perkhidmatan Bas Muafakat Johor, susulan perkhidmatan bas percuma itu mendapat sambutan memberangsangkan sejak diperkenalkan April 2016.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penambahan empat laluan baharu itu melibatkan satu laluan di Labis dan tiga laluan di Pengerang dengan peruntukan tambahan RM2.83 juta.

“Ia menjadikan keseluruhan peruntukan bagi 51 laluan dengan 75 buah bas berjumlah RM23.15 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 pada Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Johor ke-13, di sini.

“Inisiatif baharu yang turut diperkenalkan berikutan kejayaan pelaksanaan perkhidmatan itu ialah pemberian Kad Muafakat Johor secara percuma kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang berdaftar, katanya.

Menurut beliau, pada sebelum ini golongan berkenaan dikenakan caj tahunan RM5 bagi membolehkan mereka menaiki bas tersebut secara percuma.

“Penggunaan perkhidmatan Bas Muafakat Johor juga akan diperluaskan kepada pelajar antarabangsa yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Johor.

“Bagaimanapun, mereka perlu membayar Kad Muafakat Johor dengan kadar RM120 setahun”, katanya.

Mohamed Khaled berkata, sejak diperkenalkan pada 1 April 2016, Bas Muafakat Johor telah menjadi strategi utama Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam serta membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan sehingga kini, lebih 3.8 juta orang telah menggunakan perkhidmatan berkenaan.

‘Sebanyak RM610,000 diperuntukkan bagi menambahbaik perkhidmatan bas antara bandar TransJohor yang melibatkan penambahan dua laluan dengan empat buah bas iaitu Batu Pahat – Muar dan Batu Pahat – Benut serta penambahan dua buah bas bagi laluan sedia ada Pontian – Kukup.

“Perkhidmatan berkenaan turut melibatkan 20 buah bas bakal dilengkapi kemudahan WiFi dan Kamera Litar Tertutup (CCTV) serta memperuntukan RM990,000 bagi menaik taraf Terminal Bas Pengerang, Bandar Penawar dan Labis, katanya.

(Visited 58 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66