#BajetJohor2018: Johor Suntik RM10 Juta Kepada Sekretariat SUKMA 2020

Bajet Johor 2018: Johor Suntik RM10 Juta Kepada Sekretariat SUKMA 2020

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Kerajaan Johor mengumumkan penubuhan Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 dengan suntikan peruntukan RM10 juta bagi menyelaras persiapan secara berperingkat menjadi tuan rumah temasya sukan berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain itu beberapa kemudahan dan insfrastruktur sukan juga akan dinaik taraf bagi tujuan berkenaan.

“Sebanyak RM16.2 juta diperuntukkan untuk menaiktaraf prasarana sukan yang akan digunakan iaitu Kompleks Belia dan Sukan Johor (RM2.5 juta), Trek Kompleks Sukan Kluang (RM3.2 juta), Stadium Mini Kluang (RM4 juta) dan pembinaan Stadium Mini dan Balapan Johor Bahru (RM6.5 juta).

“Sebanyak RM10 juta diperuntukan untuk pembangunan bola sepak, khususnya di peringkat akar umbi, katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 pada Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Johor ke-13 di sini.

Mohamed Khaled turut mengumumkan tiga acara bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan iaitu Iskandar Puteri Night Marathon, The Southern Cycling Race dan Kejohanan Tinju Antarabangsa dan akan dianjurkan dengan kerjasama pihak swasta.

(Visited 40 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com