#BajetJohor2018: Johor Islami Bukan Untuk Memecah-Belahkan

Bajet Johor 2018: Johor Islami Bukan Untuk Memecah-Belahkan

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin hari ini menjelaskan bahawa agenda Johor Islami bukan berkisar tentang perlaksanaan Islam melalui instrumen undang-undang.

Menurut beliau, ianya sama sekali tidak bertujuan untuk mengetepikan kebebasan agama lain untuk diamalkan dengan harmoni keranaJohor Islami tidak seharusnya dilihat dengan pandangan sempit dan terpesong.

“Sebaliknya, ia merujuk kepada usaha-usaha untuk menterjemahkan prinsip dan saranan Islam dalam pelbagai agenda pembangunan serta ikhtiar mensejahterakan masyarakat
ianya lebih bertepatan dengan ajaran Islam sebagai satu cara hidup berbanding hanya kompilasi hukum hakam dan peraturan.

“Sebanyak RM161 juta diperuntukkan melalui 20 jenis Skim Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang meliputi pelbagai aspek bantuan seperti kebajikan, perumahan, perubatan serta pendidikan untuk manfaat lebih 160,000 orang, katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 pada Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Johor ke-13 di sini.

Mohamed Khaled berkata, sebanyak RM500,000 juga diperuntukkan sebagai bantuan kepada pesakit-pesakit bukan Islam yang kurang berkemampuan dan terlantar bagi mendapatkan rawatan di hospital dalam bentuk sokongan keperluan asas perubatan.

“Kerajaan Johor juga memperkenalkan Skim Bantuan Bulanan Mualaf dengan peruntukan RM3.6 juta yang akan memanfaatkan 1,000 mualaf yang masih dalam tempoh dua tahun pertama selepas memeluk Islam.

“Selain itu, Johor juga akan mewujudkan Majlis Halal Negeri Johor yang memberi fokus kepada lima perkara utama iaitu pembangunan pensijilan halal, pembangunan produk dan perkhidmatan halal, infrastruktur halal, pembangunan pasaran halal dan pematuhan serta pemantauan halal dan komponen utama di bawah majlis berkenaan adalah ‘Johor Halal One Stop Agency’ di bawah Perbadanan Islam Johor, katanya.

(Visited 15 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66