#BajetJohor2018: Johor Bentang Bajet Lebihan Lapan Tahun Berturut-turut

Bajet Johor 2018: Johor Bentang Bajet Lebihan Lapan Tahun Berturut-turut

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Kerajaan Negeri hari ini membentangkan bajet lebihan untuk tahun kelapan berturut-turut sejak 2011.

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin ketika membentangkan Bajet Johor 2018 di sini berkata, ia merupakan bajet lebihan sebanyak RM1.141 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM1,504.33 juta berbanding anggaran perbelanjaan berjumlah RM1,503.19 juta.

“Perbelanjaan Mengurus termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM1,503,193 juta yang terdiri daripada RM493,358 juta untuk emolumen dan RM 1,009.385 juta untuk perbelanjaan lain-lain.

“Bagi Perbelanjaan Pembangunan tahun 2018 pula akan diperuntukkan sebanyak RM700 juta yang akan ditampung melalui Kumpulan Wang Pembangunan, di mana RM610 juta merupakan caruman daripada Akaun Hasil Disatukan, dan baki RM90 juta adalah daripada hasil dan terimaan lain,” katanya.

Menurut beliau, Johor mengekalkan kedudukannya sebagai pilihan utama pelabur swasta dan bagi setengah tahun pertama 2017, Johor telah mencatat jumlah pelaburan untuk sektor pembuatan sebanyak RM1.4 bilion, iaitu 8.23% daripada jumlah keseluruhan pelaburan di Malaysia.

“Ini menjadikan pelaburan terkumpul sejak 2010 sehingga Jun tahun ini adalah sebanyak RM113 bilion, iaitu yang tertinggi di Malaysia,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, dua sektor utama iaitu pembuatan dan perkhidmatan terus kekal menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Johor, masing-masing dengan nilai RM32 bilion (31%) dan RM36.2 bilion (34%).

“Secara asasnya, unjuran semula pertumbuhan ekonomi Johor pada tahun 2017 telah berkembang pada kadar 5.9% hingga 6.3%, lebih tinggi daripada unjuran asal iaitu 4.5% hingga 5.5% semasa ucapan bajet yang lepas.

“Bagi tahun 2018, unjuran pertumbuhan ekonomi Johor dianggarkan pada kadar sekitar 5.5% hingga 6%,” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 pada Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Johor ke-13 di sini.

(Visited 23 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66