#BajetJohor2018 : Jabatan Perumahan Di Dua PBT

Bajet Johor 2018: Jabatan Perumahan Di Dua PBT

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan mewujudkan Jabatan Perumahan, bagi menyediakan rumah sewa serta menyelenggara perumahan terbabit.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebanyak RM75 juta akan disediakan pada tahun hadapan bagi tujuan penyediaan rumah-rumah sewa oleh PBT.

“Projek perintisnya adalah penyerahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara di Tebrau kepada MBJB yang bertujuan mewujudkan peranan aktif PBT-PBT dalam menyediakan rumah-rumah sewa atau transit kepada penduduk yang tidak berkemampuan dan menyelenggara perumahan tersebut.

“Peruntukan itu adalah termasuk pembinaan 250 unit rumah pangsa melalui PBT Pengerang dengan kos RM50 juta dan kini sebanyak 2,036 unit rumah sewa telah disediakan oleh empat PBT iaitu MBJB, MBIP, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

Mohamed Khaled berkata, Program Rumah Transit Belia Johor juga akan diperkenalkan melalui kerjasama dengan Jabatan Perumahan Negara di bawah Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) untuk memberi kemudahan perumahan sementara kepada belia berumur 18 hingga 30 tahun yang sudah berkahwin.

“Projek perintis program ini akan melibatkan sebanyak 390 unit di PPR Melana Indah dengan kadar sewa bulanan serendah RM250.

“Kerajaan Negeri juga akan membeli unit-unit kediaman tambahan untuk ditawarkan di bawah skim sewa beli atau Skim Jauhar Prihatin dengan peruntukan sebanyak RM30 juta pada tahun depan, katanya.

(Visited 73 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.