#BajetJohor2018: FELDA Turut Terima Manfaat

Bajet Johor 2018: FELDA Turut Terima Manfaat

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Pembentangan Bajet Johor 2018 turut memberi manfaat kepada warga FELDA apabila sejumlah RM32.53 juta diperuntukkan untuk tanah rancangan itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata jumlah itu meliputi peruntukan RM30 juta melalui Sistem Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk kerja menyelenggara jalan-jalan dalam kawasan FELDA seluruh Johor.

“Sebanyak RM5 juta juga diperuntukan untuk program Tabung Latihan Kemahiran Johor, dan RM1.5 juta daripadanya telah diperuntukkan kepada warga FELDA.

“Kerajaan Negeri juga akan mengambil alih penyeliaan sekolah-sekolah agama di kawasan FELDA seperti yang dikatakan sebelum ini ketika Majlis Penutupan Ekspo Johor Berkemajuan yang lalu, Kerajaan Negeri telah mengambil alih penyeliaan 65 buah sekolah agama di kawasan FELDA.

“Untuk itu, peruntukan sebanyak RM1.03 juta akan disediakan bagi menyelenggara sekolah-sekolah agama di kawasan Felda pada tahun 2018,” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 di Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang Ke-13 di sini hari ini.

(Visited 59 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.