#BajetJohor2018: 100,000 Unit RMMJ Menjelang 2023

Bajet Johor 2018: 100,000 Unit RMMJ Menjelang 2023

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Kerajaan Negeri Johor hari ini mengumumkan komitmen untuk membina 100,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjelang tahun 2023.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia adalah tambahan 40,000 unit daripada sasaran asal sebanyak 60,000 unit menjelang tahun 2020 yang diumumkan dalam Bajet Johor 2016.

“Dalam pembentangan Bajet Johor Tahun 2016, saya menyatakan bahawa kerajaan negeri mensasarkan pembinaan 60,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjelang tahun 2020.

“Sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan negeri meletakkan komitmen tambahan 40,000 unit RMMJ lagi menjelang tahun 2023 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 100,000 unit,” katanya.

Menurut beliau, agenda perumahan akan terus menjadi keutamaan besar Kerajaan Negeri.

“Sejak 2014 sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 16,010 unit RMMJ telah berjaya disiapkan, melepasi 27% sasaran tersebut dalam tempoh hanya tiga tahun.

“Task Force Perumahan Negeri Johor mengunjurkan unit RMMJ yang akan disiapkan adalah sebanyak 13,536 unit bagi tahun 2018, dan 30,993 menjelang tahun 2020,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, selain projek RMMJ, melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Johor iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) turut akan membina perumahan mampu milik bagi golongan pertengahan (M40) yang berharga di bawah RM300,000.

“Projek berkenaan akan melibatkan dua kawasan utama iaitu di Taman Pelangi Indah di atas kawasan seluas 6 ekar yang merangkumi 280 unit rumah pangsapuri dan di Taman Rinting di kawasan seluas 4.5 ekar yang merangkumi 208 unit rumah pangsapuri,” katanya.

(Visited 53 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66