#BajetJohor2018: Pembungkus Biorosot Ganti Polisterin Dan Plastik Mulai 1 Januari

Bajet Johor 2018: Pembungkus Biorosot Ganti Polisterin Dan Plastik Mulai 1 Januari

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Kerajaan negeri mengumumkan pelaksanaan penggunaan bahan pembungkusan biorosot halal bagi menggantikan bekas makanan polisterin dan plastik di seluruh Johor mulai 1 Januari 2018.

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled mengumumkan peruntukan RM300,000 untuk pelaksanaan inisiatif berkenaan dan sebagai permulaan, disasarkan 30% daripada keseluruhan penggunaan pembungkusan adalah daripada bahan biorosot halal.

“Di bawah Pelan Tindakan Biorosot dan Biokompos, J-Biotech akan diberi mandat untuk mempelopori pengeluaran bahan pembungkusan biorosot halal bagi menggantikan plastik konvensional dan polisterin melalui kerjasama dengan pemain-pemain industri berkenaan di Johor,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah Dasar Kelestarian Negeri Johor yang dilancarkan pada tahun ini.

“Projek perintis pemasangan sistem hibrid untuk mini hidro di Tanjung Piai dengan peruntukan sebanyak RM200,000; pengukuhan penguatkuasaan hidupan liar negeri Johor dengan peruntukan RM418,000 dan peruntukan RM188,000 untuk ASEAN Heritage Park.

“Sebanyak RM600.000 juga diperuntukkan untuk penubuhan Pusat Baja Johor di bawah J-Biotech dan inisiatif ini melibatkan kerjasama strategik pengusaha-pengusaha kilang baja organik di seluruh Johor.

Menurut beliau, ianya bermatlamat untuk membolehkan komuniti bio-pertanian, iaitu petani-petani moden, mendapat bekalan baja organik dengan harga yang lebih rendah dari pasaran,” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 pada Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Johor ke-13 di sini.

 

(Visited 113 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66