#BajetJohor2018: Kerajaan Johor Umum Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Kepada Penjawat Awam

Bajet Johor 2018: Kerajaan Johor Umum Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Kepada Penjawat Awam

 

KOTA ISKANDAR, 23 Nov – Johor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,500 kepada kakitangan kerajaan negeri Johor dan persekutuan yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, bantuan berkenaan akan turut melibatkan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, Ahli Dewan Negeri Johor, Ahli Jumaah Diraja Johor, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor, Pelatih-pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Guru-guru Tadika Agama Islam Johor (TAJ).

“Bagi yang mempunyai gaji di bawah RM3,000 sebulan, mereka akan mendapat lebih daripada setengah bulan gaji.

“Pastinya kita amat sedar semua ini tidak akan sesekali setara dan memadai jika dibandingkan dengan jasa dan sumbangan besar semua pihak kepada perkhidmatan awam Johor. Namun kita benar-benar berterima kasih,” katanya.

Menurut Mohamed Khaled, kerajaan negeri juga tidak akan melupakan jasa mereka yang pernah berkhidmat dengan kerajaan dan kerajaan negeri bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Persaraan bernilai RM1000 kepada penjawat-penjawat awam negeri yang bersara bermula tahun 2018.

“Seterusnya, bagi menghargai jasa bekas Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri akan menaikkan kadar pencen pesara ADUN kepada 60% daripada gaji berdasarkan tempoh perkhidmatan yang bersamaan dengan kadar pencen ahli-ahli Parlimen.

“Kesemua bantuan khas itu akan diberi pada Januari 2018, katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 pada Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Johor ke-13 di sini.

(Visited 93 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66