60 pelajar keracunan akibat ‘shell out’

60 pelajar keracunan akibat ‘shell out’

60 orang pelajar Kolej Vokasional Muar mengalami muntah-muntah dan cirit birit setelah menikmati hidangan makanan laut dalam satu jamuan makan malam tahunan di kolej tersebut.

Kesemua mereka dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kira-kira jam 10 malam pada hari Sabtu? dengan seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan terpaksa ditahan untuk rawatan lanjut.

“Dua pelajar berusia lingkungan 17 hingga 18 tahun itu ketika ini berada dalam keadaan stabil dan punca keracunan sedang disiasat oleh Jabatan Kesihatan negeri,” kata Pengarah HPSF, Dr. Selahuddeen Abdul Aziz.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat dalam satu kenyataan berkata makanan laut terdiri daripada kupang, udang dan ketam yang disertakan dengan sambal dipercayai menjadi punca keracunan.

Jelasnya, hidangan yang disediakan secara ‘shell out’ itu disediakan oleh pihak asrama kolej di mana kira-kira 380 pelajar dan guru lain dilaporkan turut terdedah kepada makanan tersebut.

Dapur asrama tersebut telahpun ditutup sehingga hari ini untuk siasatan.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.