Rumah Kuota Warga Asing Di Kaji – @JaisSarday

Warga asing mungkin berpeluang memiliki hartanah bernilai RM1 juta kebawah selepas ini di Johor.

Ini susulan cadangan kerajaan negeri mengurangkan kadar harga minimum pembelian hartanah yang ditetapkan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Md Jais Sarday bagaimanapun berkata, cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu dan laporan mengenainya dijangka siap pada awal tahun depan.

“Kita sedang melihat dasar untuk warga asing yang ditetapkan tidak boleh kurang dari RM1 juta seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini juga jadi masalah (unit rumah tidak terjual).

“Bagaimanapun, selepas ini kita nak tengok mengikut keluasan tetapi ini masih dalam kajian. Mungkin 1,000 kaki persegi ditetapkan pada harga RM1 juta dan keluasan lebih kecil kita tengok berapa harga yang sesuai untuk pastikan rumah ini terjual,” kata Md Jais.

Beliau menjawab demikian bagi mengulas laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang melaporkan Johor mencatatkan jumlah tertinggi peratusan rumah tidak terjual.

Warga asing sebelum ini hanya dibenarkan membeli rumah berharga RM1 juta keatas berkuatkuasa 1 Mei 2014. Harga yang ditetapkan untuk dijual kepada warga asing sebelum itu ialah RM500,000, dalam usaha mengawal kenaikan harga hartanah.

p Kerajaan negeri bagaimanapun tidak melupakan golongan pertengahan (M40) yang sukar memiliki rumah dan akan mencari pendekatan bagi membantu golongan ini, kata Md Jais.

“Kita juga mencari jalan bagaimana kita hendak beri insentif atau galakan kepada pemaju untuk membina rumah dengan harga antara RM200,000 hingga RM350,000 bagi membantu golongan ini,” tambahnya lagi.

(Visited 25 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66