Kasino haram dah dilumpuhkan, namun @JaisSarday tetap jadi sasaran

Kasino haram dah dilumpuhkan, namun Jais tetap jadi sasaran

Sudah dua bulan sebuah kasino haram di Tongkang Pechah dilumpuhkan, namun masih ada pihak yang cuba menjadikannya sebagai modal politik.

Terbaru, Shukur Mohamad di Facebook menyoal apakah langkah diambil kerajaan negeri Johor dalam menangani isu berkenaan.

Shukur turut mempersendakan pihak polis, Majlis Perbandaran Batu Pahat dan pegawai kerajaan negeri, dalam kemaskininya di laman Facebook.

Tidak terhenti disitu, Shukur menamakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Md. Jais Sarday sebagai individu bertanggungjawab keatas isu tersebut.

“Masalah ini sebenarnya adalah masalah YB Jais Sarday, kawasan kilang itu berada di bawah portfolio beliau,” tulisnya.

Selain menyatakan Md Jais sebagai seorang Exco kerajaan negeri yang angkuh, Shukur turut menggesa exco kanan kerajaan negeri itu untuk menangani masalah sosial yang berlaku di Johor.

Shukur turut menyoal sama ada Md Jais menerima habuan dari kasino tersebut.

Ini merupakan kali kedua Md Jais diserang Shukur, dimana sebelum ini Md Jais didakwa Shukur meluluskan pertukaran status tanah seluas dua ribu ekar tanpa sebarang perincian yang jelas.

Maklumat yang diterima, kasino yang sebelum ini beroperasi secara haram di kawasan perindustrian Tongkang Pechah telahpun berhenti beroperasi selepas satu operasi dijalankan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bekalan elektrik ke bangunan tersebut juga telah dipotong.

(Visited 107 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com