Pembahagian kerusi Pakatan di Johor mungkin selesai hujung tahun

Pembahagian kerusi Pakatan di Johor mungkin selesai hujung tahun

Pakatan Harapan tidak terburu-buru untuk memuktamadkan proses rundingan kerusi diantara keempat-empat parti komponen blok tersebut di Johor ekoran pilihan raya umum hanya dijangka akan diadakan tahun depan.

Menurut Setiausaha Pakatan Harapan Johor Datuk Osman Sapian, Pakatan Harapan masih mempunyai masa untuk berunding pembabahagian kerusi diantara komponennya.

“(Proses itu) saya ingat sebelum akhir tahun ini,” kata Osman, yang juga merupakan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).

“Kita tidak tergesa-gesa untuk memuktamadkan rundingan kerana pilihan raya bukan tahun ini. Nanti kalau awal-awal kita umum nanti macam-macam akan dikoreknya,” katanya lagi.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, Osman dipercayai merujuk kepada seteru Pakatan Harapan, Barisan Nasional.

Selain Pribumi, Pakatan Harapan turut dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan pada tahun hadapan.

Menurutnya, walaupun tarikh masih belum diberikan, namun PRU14 akan diadakan dalam tempoh 180 hari akan datang.

“Sesiapa yang mengatakan bahawa pilihan raya akan diadakan melebihi 180 hari, mereka sudah sudah tidak lagi berhubung dengan realiti,” katanya, memetik laporan Bernama.

Pemerhati politik meramalkan PRU14 hanya akan dipanggil diantara Mac hingga Mei 2018.

(Visited 50 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.