Ibu lacurkan anak sendiri dipenjara 75 tahun

Ibu lacurkan anak sendiri dipenjara 75 tahun

Seorang ibu tunggal yang melacurkan dua anak kandungnya dengan bayaran serendah RM50 dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Kamarudin Kamsun semalam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Wanita berusia 39 tahun tersebut melacurkan anaknya dengan lelaki warga Bangladesh di sebuah hotel bajet di Larkin, Johor Bahru, bulan lalu.

Kamarudin turut menasihatkan tertuduh supaya insaf dan bertaubat itu atas perbuatannya.

Wanita yang mempunyai hak penjagaan sebagai ibu kandung kepada remaja perempuan 13 tahun didakwa menganiaya remaja tersebut dari segi seks dengan cara melacurkan mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan iti antara 9.25 pagi, 1 Oktober lalu hingga 12.21 tengah hari, 7 Oktober lalu.

Pendakwaan bagi semua perbuatan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Laporan media turut menyatakan bahawa wanita itu bukan sekadar tergamak melacurkan anak kandungnya, bahkan dikatakan sanggup menyaksikan perbuatan terlarang itu.

(Visited 40 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66