PBT Pengerang Peroleh Persijilan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah SIRIM

PBT Pengerang Peroleh Persijilan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah SIRIM

JOHOR BAHRU, 12 Nov – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang menjadi PBT pertama di Johor menerima Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah daripada SIRIM Berhad dan SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Yang Dipertuanya, Tuan Haji Bukhari Abd Rahman berkata, pensijilan di bawah ISO 37001:2016, Anti-Bribery Management System itu dianugerahkan kepada Jabatan Keselamatan Industri dan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan satu daripada tujuh jabatan yang beroperasi di bawah PBT Pengerang.

“PBT Pengerang yang beroperasi pada 1 Januari lalu mengambil langkah awal memperkukuhkan integriti tadbirurusnya apabila menyertai bengkel anjuran SIRIM empat bulan kemudian, seterusnya lulus proses pengauditan fasa akhir oleh badan akreditasi itu pada Oktober lalu sekaligus melayakkan PBT itu memperolehi persijilan tersebut.

“Usaha untuk melaksanakan program pensijilan ini dicetuskan sebagai langkah memartabat serta memperkukuhkan lagi integriti tadbirurus PBT Pengerang sekaligus memperkukuhkan landasan ke arah sifar rasuah.

“Sebagai PBT baharu, banyak yang kami perlu lakukan pada peringkat permulaan operasi walaupun ada kekangan dari segi tenaga kerja, pengalaman mahupun sumber bagi melaksanakan proses pensijilan ini, katanya.

Beliau berkata, kini mereka lebih yakin dengan adanya persijilan ISO 37001:2016, malah dengan pencapaian itu mendorong PBT Pengerang untuk mempunyai tadbir urus yang lebih berintegriti dan sifar rasuah pada setiap masa.

“Langkah seterusnya bagi memperkukuhkan lagi keyakinan pelanggan serta semua pemegang taruh PBT ialah melaksanakan proses serupa di jabatan lain dan mensasarkan seluruh PBT akan memperoleh persijilan ISO berkenaan dalam tempoh dua tahun lagi.

“Antara program yang dilaksanakan bagi menyokong dan membudayakan sikap anti-rasuah ialah melancarkan slogan ‘Pilih Tiada Rasuah’ dan Kempen Kesedaran Bahaya Rasuah yang melibatkan semua anggota kerja PBT Pengerang.

“Seluruh anggota pekerja PBT ini juga telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah dan Polisi Whistleblowing dilancarkan bagi menyediakan ruang perlaporan aktiviti rasuah. Selain itu, taklimat integriti kepada anggota pekerja dan pihak luar seperti kontraktor, perunding dan pembekal juga telah dijalankan baru-baru ini,” katanya.

(Visited 45 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66