#AduanRakyat – Hak Berniaga, Hak Warganegara Bukan Warga Asing

Salam admin,

Berhubung dengan kenyataan Dato’ Khaled Nordin, pada 14 Mac 2017, katanya warga asing tak boleh berniaga, berniaga ini adalah hak warganegara.

MB juga kata tiada kompromi terhadap warga asing dan beliau tidak setuju warga asing berniaga di tanah Johor ini. Warga asing yang diambil untuk bekerja tidak boleh mengambil bahagian di dalam perniagaan.



Semua PBT telah diarahkan oleh MB tidak berkompromi terhadap warga asing yang berniaga.

Dari 14 Mac 2017 sehingga ke hari ini (6 Nov 2017) apakah PBT telah mengambil tindakan mengikut arahan MB? Berapa lama lagi masa diperlukan untuk mengambil tindakan tersebut?

Rakyat bersama MB di dalam hal warga asing berniaga ini, pihak terbabit diharap menjalankan operasi untuk membersihkan masalah ini dari berlarutan lagi.

Kepada rakyat yang menyokong misi ini, apakah anda semua telah bersedia untuk mengambil tempat2 perniagaan tersebut? jangan dapat lesen, lepas tu sewa kan kat warga asing lain pula!

Sekian, aduan saya.

Hak Berniaga, Hak Warganegara

(Visited 99 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.