@CMlimguaneng mohon bantuan @MyTentera dari @Zahid_Hamidi

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu menyelamatkan mangsa banjir di negeri tersebut.

Dalam sebuah video yang tular di media sosial, Guan Eng berkata beliau berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi pada jam 3.30 pagi untuk menzahirkan hasratnya memohon bantuan buat warga Pulau Pinang.

Beliau berkata air banjir sudah melepasi paras bumbung di sesetengah tempat manakala terdapat pusat pemindahan yang terputus bekalan banjir, dipercayai akibat banjir.

“Keadaan semakin genting. Air masih naik, angin masih kuat, air sampai 10 hingga 12 kaki lepasi bumbung di Pulau Pinang.

“Pusat pemindahan tiada bekalan elektrik. Pulau Pinang minta bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia.

“Saya berjaya hubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terima kasih kerana angkat panggilan saya hampir 3:30 pagi.

“Dan beliau berjanji akan menghantar Angkatan Tentera Malaysia untuk selamatkan Pulau Pinang,” Guan Eng berkata dalam video tersebut.

“Harap semua terus bersabar… terus bersabar dan kita akan cuba pastikan bantuan… sabar.

“Jaga keselamatan anda dan keluarga anda,” tambah Guan Eng yang jelas kelihatan sugul ketika video tersebut dirakam.

Antara kawasan yang dilaporkan ditenggelami air termasuklah di Jalan Masjid Negeri, Jalan Perak in front of the Taman Abidin flats, Jalan Makloom, Jalan Free School, Jalan Terengganu, Jalan Sg Pinang dan Lilitan Stadium.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Melaysia) pada 4 November memberi amaran mengenai hujan yang sangat lebat dan berterusan berserta angin kencang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang dan Kedah (daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu).

Hujan lebat dilaporkan turun sejak awal petang semalam yang menyebabkan banjir di Pulau Pinang.

(Visited 51 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66